Baju dan berat

Alhamdulillah, bersyukur sgt akhirnya dah habis basuh semua baju2 utk Elias, semuanya org bagi.. Lima plastic bag besar dan satu beg besar mcm hand luggage tu. Lepas ni nak sort ikut size dan condition baju2 tu semua sbb ada yg kita tak nampak pada awalnya zip dah tercabut or baby girl punya baju or ada color2 yg tak sesuai utk hero.

Kita tak payah nak beli baju2 baru utk baby dah, tunggu dah besar sikit baru belikan toys or something more educational for him.

Kaki kita pun dah semakin membengkak sekarang. Tak boleh lagi berdiri setempat lebih dari satu minit. Tiap-tiap pagi selepas bangun pasti kita akan sarungkan stokin sokongan seperti dicadangkan dalam banyak artikel internet dan juga doktor di sini.

Dan, hendak dijadikan cerita saya ini lebih sensasi, berat badan saya secara rasminya hari ini adalah 85 kg. Ya Allah, beratnya saya! Patutlah kaki saya bertukar menjadi biru apabila saya berdiri di atas kedua-dua kaki saya walaupun hanya lebih kurang dari satu minit.

Semoga saya dapat mengurangkan berat badan ke berat yang lebih ideal selepas bersalin nanti. Ini azam saya dan saya akan capai azam saya! Saya suami dan anak saya berhak mendapat seorang isteri dan ibu yang sihat, cergas dan cerdas!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s