Stödstrumpor (tak ingat bhs Inggerisnya)

Sudah dua minggu berlalu barulah mama jumpa stokin mama yang ketat tu.

Jumpa dua-dua pasang pula tu. Alhamdulillah sukanya hati mama.

Sekarang papa dan mama sering naik atas bukit di depan apartment ni untuk beriadah. Untuk memudahkan mama melahirkan baby nanti kan? Ramai orang ingatkan mama untuk berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya dua puluh minit setiap hari. Fuh!

Placenta mama pun sakit berdenyut-denyut pada waktu petang dan malam. Mama tak tau kalau baby sakit juga tapi perut mama sebelah kanan pusat sakit sangat macam ada orang tarik dari belah dalam.

Bidan kata uri baby di bahagian depan jadi sebab itulah tak dapat rasa pergerakan baby di awal kandungan.

Advertisements